Pada 4/11/2024 (Isnin), Satu sesi kunjungan hormat dan libat urus MDTM bersama TNB telah dilaksanakan bertempat di Wisma TNB Ipoh. Seramai 22 orang delegasi MDTM telah hadir yang mana diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM bersama Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan dan Ahli Unit My-Mudah. Manakala di pihak TNB telah diketuai oleh Dato Ir. Sharuddin bin Mohd Simindan serta pasukan TNB yang lain. Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah untuk menambahbaik pelaksanaan dan kelancaran proses Muallim Speed Lane (M-SL) seterusnya dapat membantu merancakkan pembangunan daerah amnya. Pelbagai input telah diperoleh sepanjang tempoh libat urus diadakan. Diharapkan dengan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dan dapat menyelaras beberapa isu berkaitan pembangunan AHTV.