Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ MDTM 2026

TANJONG MALIM, 5 Februari 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Program Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat MDTM Tahun 2026 bertempat di Auditorium Seri Tanjung, MDTM. Program ini menampilkan ceramah oleh Ustaz Md Ghazali bin Ibrahim yang menghuraikan pengertian serta pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu perjalanan Rasulullah SAW dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan peristiwa Mikraj hingga ke Sidratul Muntaha.

Penganjuran program ini bertujuan memberi kefahaman kepada warga kerja MDTM mengenai pengertian Israk dan Mikraj, mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut serta menyemai rasa syukur terhadap kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab. Diharapkan pengisian rohani ini dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam dan menjadi panduan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab harian.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969