Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA KPKT TAHUN 2023

17 Oktober 2023 (Selasa) – Jam 3.00 petang bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT Tahun 2023 yang dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. Hadir berrsama adalah Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Ketua Setiausaha KPKT, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seluruh Malaysia, Yang Dipertua dan Setiausaha seluruh PBT Dan NGO.
Bersempena dengan majlis tersebut,telah diumumkan Pemenang Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih di kawasan PBT 2023, pengumuman Pengiktirafan pengiktirafan PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2022 dan pengumuman Pengiktirafan PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2023.
Majlis Daerah Tanjong Malim telah memenangi tempat Kedua di dalam Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih PBT 2023 (Kategori B) - Medan Selera Muallim. Hadiah berupa sijil Dan plak telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming,Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kepada En Roslan b Kamaruzaman Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim.
Senarai pemenang bagi kategori yg sama adalah seperti berikut :- Tempat Pertama - Majlis Perbandaran Kuala Langat, Selangor, *Tempat Kedua - Majlis Daerah Tanjong Malim, Perak*, Tempat Ketiga - Majlis Perbandaran Muar, Johor dan Saguhati Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Pihak Majlis mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961