Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) BERSAMA AREA OFFICER ZON A8 KG. SIMPANG 4, TANJONG MALIM

TANJONG MALIM, 20 Mei 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Program TURPA bersama Area Officer Zon A8 di Kg. Simpang 4 dan Taman Pertama Tanjong Malim, sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala antara pihak berkuasa tempatan dengan komuniti setempat. Program TURPA ini telah dihadiri oleh Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, bersama Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon A8, Clr. Tuan Haji Malek Farok bin Haji Zainal Abidin. Turut serta program ini adalah Pengurus PEISB, wakil JPS Daerah dan beberapa wakil Jabatan dalaman MDTM.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa kawasan, mengenal pasti isu-isu berbangkit serta mendengar secara langsung pandangan dan keperluan penduduk setempat. Pendekatan ini juga menjadi platform kepada MDTM untuk memastikan setiap aduan, cadangan dan keperluan masyarakat dapat diberi perhatian sewajarnya. MDTM sentiasa komited dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui pendekatan mesra komuniti, responsif dan berterusan demi kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 25/05/26 • Jumlah Pelawat : 21287028