Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM SUMBANGAN PERAYAAN DEEPAVALI ZON B8 MDTM 2025

Slim Village, 10 Oktober – Sempena sambutan Deepavali 2025, Ahli Majlis Zon B8 Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Program Sumbangan Perayaan bertemakan “Sentuhan Prihatin, Ceria Deepavali” bertempat di Taman Kg Slim, Slim Village.

Program yang berlangsung pada jam 6.00 petang itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua MDTM, YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman. Sumbangan disampaikan oleh beliau kepada penduduk setempat sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti sempena perayaan Deepavali.

Program ini mencerminkan semangat perpaduan dan usaha murni dalam meraikan kepelbagaian budaya di daerah ini.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969