Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM SEMARAK HARI MALAYSIA DAERAH MUALLIM DAN PELANCARAN MALAM MINGGU @MUALLIM

16 September (Sabtu) – Lebih 1,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan program Semarak Hari Malaysia dan Pelancaran Malam Minggu @Muallim. Program yang julung kali diadakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan penganjur bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), rakan kerjasama Kelab Rukun Tetangga Bandar Behrang 2020 (KRTBB2020) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Slim (GPMS Caw. Slim) ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang baik daripada komuniti di dalam daerah Muallim dan sekitarnya.

Pelbagai aktiviti yang disediakan kepada para pengunjung, antaranya senamrobik, Colour Brisk Walk 3KM, Hiasan Bandar Barangan Kitar Semula, Permainan Tradisional/Sukaneka, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Dewasa, Pertandingan Pakaian Tradisional, Pertandingan Dekorasi Barangan Terpakai, Pertandingan Hiasan Basikal, Kuiz Hari Malaysia, Persembahan Artis dan Band Jemputan, Foodtruck dan Gerai Jualan, Car Boot Sale, Kereta Bateri (Kiddie Ride) dan Soopa Doopa.

Perasmian program Semarak Hari Malaysia Daerah Muallim dan Pelancaran Malam Minggu @Muallim telah disempurnakan oleh YB Puan Salina binti Samsudin, ADUN Behrang bersama Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM, En. Mohd Hafiz bin Sulaiman, Pen. Setiausaha Kanan KPKT, En. Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, barisan Ahli Majlis MDTM dan ketua-ketua jabatan agensi setempat.

Malam Minggu @Muallim bertempat di Dataran MDTM, Jalan Wawasan ini merupakan inisiatif MDTM dalam usaha menyediakan kawasan riadah yang sesuai bagi aktiviti kekeluargaan dan komuniti, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi para peniaga dan komuniti setempat. Program ini akan dilaksanakan pada setiap minggu malam sabtu dan ahad dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dataran berkenaan, antaranya Foodtruck dan Gerai Jualan, Car Boot Sale, Kiddie Ride dan Soopa Doopa.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961