SABTU, 29 Jun 2024 Program ini disertai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM dan Pasukan ERT MDTM. Semua peserta berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Gerchang Lake House, Diamond Creeks, Tanjong Malim dan program selesai pada jam 1.30 petang. Aktiviti lasak ini dimulakan dengan menaiki kenderaan 4x4, mendaki bukit dan aktiviti air di Air Terjun Lata Strata. Program ini diadakan adalah bertujuan menyemai semangat kesukanan dan berpasukan, merapatkan ukhwah serta mengamalkan budaya hidup sihat antara peserta yang terlibat.