5 Mac 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) sekali lagi telah melaksanakan kolabrasi bersama Pusat Pembelajaran Kitar Semula Taman Bandar dan ICYCLE Malaysia iaitu Program Pengumpulan Pakaian Terpakai dan Kempen Kitar Semula dikalangan warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim.
Program yang diadakan diperkarangan Dewan Seri Tanjong, MDTM telah dihadiri oleh Dr Shazree Izdham b. Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM, Puan Hajah Siti Aida binti Haji Rasidi, Ketua JPPK MDTM Dan Puan Habibah binti Yaakob Duta Icycle Malaysia.
Diharap sumbangan pakaian terpakai yg dikumpulkan dapat membantu golongan yang memerlukan disamping menggalakan penjagaan alam sekitar.
Selain pakaian, barangan lain seperti kasut, alat permainan kanak-kanak, toto, cadar dan beg turut disumbangkan oleh kakitangan.
Untuk makluman, Pusat Pembelajaran dan Pengasingan Barangan Kitar Semula di Taman Bandar sentiasa dibuka pada orang awam yang ingin membuat penghantaran barang kitar semula yang terpilih.
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN
MDTM