8 Ogos 2025, Jumaat – Program pemindahan ilmu yang bertepatan dengan hala tuju Perak Sejahtera 2030 ini dilaksanakan hasil geran yang diturunkan dari Kerjaaan Negeri Perak kepada UPSI. Program ini menumpukan kepada peningkatan insaniah, khususnya kepada peneguhan integriti dan peningkatan kemahiran komunikasi interpersonal bagi meningkatkan prestasi 30 kakitangan MDTM dan 5 pelajar UPSI yang terlibat.
Majlis Penutupan Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM. Majlis Penutupan Program ini juga dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Dr Ahmad Amri bin Zainal Adnan, Pensyarah Kanan UPSI merangkap Ketua Pasukan Program dari UPSI. Taklimat serta aktiviti kumpulan telah dipimpin oleh Cik Annisa Sajidah binti Md Din, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan UPSI.
Semoga kedua-dua pihak memperoleh manfaat hasil perkongsian ilmu ini. Di pihak UPSI, community engagement ini dapat meningkatkan visibility di dalam komuniti dan di pihak MDTM, perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada, selain meningkatkan produktiviti.