2 November 2025 (Ahad) - IPD Muallim dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Perak telah menganjurkan Program Pelancaran Taman Angkat AMANITA Kontinjen Perak serta Diskusi Town Hall Ketua Polis Perak 2025 bertemakan “Kesihatan Mental & Keselamatan Awam: Sinergi Antara Agensi dan Masyarakat”.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH DCP Mohammad Azlin Bin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak, dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi PDRM Perak, wakil agensi kerajaan, institusi pendidikan, serta komuniti setempat dengan kehadiran seramai 800 orang peserta. Turut hadir bersama ialah Tuan Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya senamrobik, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, pertunjukan T-Baton, tayangan video montaj AMANITA, serta sesi diskusi bersama barisan panel daripada PDRM, Kementerian Kesihatan, institusi pendidikan dan wakil rakyat.
Program ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan memperkukuh hubungan polis–masyarakat, meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan keselamatan awam, serta memperkasakan peranan AMANITA sebagai ejen komuniti yang prihatin dan berdaya tangkas.