Ujana Muallim, 24 Oktober 2025 (Jumaat) - Unit Inovasi MDTM bersama Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KESAN) MDTM dan Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (JKKP) MDTM telah bekerjasama menjayakan program ini bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2025. Antara pengisian program adalah senamrobik, aktiviti explorace, sukaneka, teka kacang dan cabutan bertuah. YBrs Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Yang Dipertua MDTM turut hadir untuk acara pelepasan peserta explorace dan juga menyampaikan hadiah pada majlis penutup. Semoga program ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara kakitangan MDTM.