Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM MEMASAK DAN EDARAN BUBUR LAMBUK BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1445H

Pada 26 Mac 2024 (Selasa) Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESAN) MDTM dengan kerjasama MDTM telah mengadakan program memasak bubur lambuk dan edaran bubur lambuk kepada semua kakitangan MDTM. Progam ini telah dilaksanakan secara bergotong royong bersama ahli-ahli KESAN yang juga merupakan kakitangan MDTM.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mengeratkan silaturahim, berkongsi rezeki dan meningkat rasa bersyukur sesama ahli. Program disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua, MDTM semasa sesi pengedaran bubur lambuk secara simbolik kepada ketua-ketua jabatan/unit MDTM dan seterusnya diedarkan kepada semua kakitangan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/12/24 • Jumlah Pelawat : 21286960