Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA MUALLIM MOTORSPORT 2026

15 Mac 2026 (Ahad), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penganjuran Program Berbuka Puasa Muallim Motorsport yang telah berlangsung dengan penuh ukhuwah di Dataran Wawasan MDTM pada petang tadi.

Dataran MDTM merupakan lokasi bagi program Buka Sama yang merupakan lokasi terbuka untuk berbuka puasa yang disediakan kepada orang ramai untuk aktiviti Iftar bersama keluarga dan rakan taulan.

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Puan Hajah Salina binti Samsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang. Kehadiran beliau turut diiringi oleh Dr. Shazree Idzham bin Haji Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM, serta Ts. Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan dan Rekreasi, MDTM.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Aqif Haqifi bin Mazlan, Presiden Muallim Motorsports bersama barisan jawatankuasa kelab yang lain.

Himpunan melebihi 50 buah kenderaan daripada ahli kelab ini dari daerah Muallim serta luar daerah dan negeri Perak, menjadi bukti semangat kebersamaan yang utuh antara peminat automotif dan komuniti setempat.Program ini turut selaras dengan kepesatan daerah Muallim sebagai Lembah Teknologi Tinggi Automotif(AHTV).

Penganjuran ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026,disamping mengukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti yang positif sepanjang bulan Ramadan yang mubarak.

Acara diakhiri dengan bacaan doa dan sesi berbuka puasa secara berjemaah dalam suasana yang harmoni dan penuh keberkatan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program murni ini.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969