Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM KICKOFF: MDTM WEIGHT LOSS CHALLENGE

Rabu, 16 Julai 2025 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) menerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Majlis Daerah Tanjong Malim (JKKP MDTM) telah mengadakan pelancaran Program Kickoff : MDTM Weight Loss Challenge bertempat di perkarangan lobi utama, MDTM.

Program ini telah bermula dengan acara senam robik yang dibimbing oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim, Puan Siti Nurbaya Binti Zambri. Seterusnya pelancaran program telah disempurnakan oleh Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, A.M.P., Yang Dipertua MDTM dan diikuti dengan pemeriksaan awal kepada peserta-peserta program yang merangkumi pemeriksaan tinggi, berat untuk Body Mass Index (BMI) yang dikendalikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muallim yang diketuai oleh Dr. Ngaesah Binti Hamed, Pegawai Perubatan Seksyen Perkembangan Kesihatan Awam.

Program yang diadakan secara dalaman kepada kakitangan dan Ahli Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan para peserta mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal dalam usaha menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan budaya kerja sihat serta meningkatkan semangat berpasukan melalui pertandingan yang sihat.

Program ini juga akan dijalankan secara berterusan sehingga 16 Disember 2025 dan 20 orang peserta dengan pengurangan berat badan yang banyak akan dipilih sebagai pemenang.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969