Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR - SEMARAK KOMUNITI MADANI @SLIM RIVER

27 April 2024 (Sabtu) - Program komuniti seumpama ini julung-julung kali diadakan di Slim River, dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan antaranya:
- Senam Seni
- Taklimat Komuniti Polis Diraja Malaysia Ipd Muallim
- Demonstrasi Pemadaman Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Muallim
- Demonstrasi Penangkapan Ular oleh Angkatan Pertahanan Awam Muallim
- Pemeriksaan Kesihatan dan Gigi PERCUMA oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muallim

Terdapat juga pertandingan TERBUKA:
- Funwalk & Plogging
- Permainan Tradisional
- Mewarna (Dewasa & Kanak-kanak)
- Sukaneka Komuniti
- Glamourous Raya (Pakaian ikut tema)

Program ini telah dirasmikan oleh YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, DPMP., AMK., PPT. (Orang Besar Jajahan Muallim). Turut bersama YB Puan Salina Samsudin (ADUN Behrang), YB Tuan Muhammad Zulfadli Zainal, Encik Muhammad Alif Asyraf (Wakil kepada Ahli Parlimen Tanjong Malim), Tuan Mohd Ikram bin Ahmad (Yang Dipertua MDTM), Tuan Mohd Zainal bin Mohd Nor (Ketua Penolong Setiausaha Penggerak Komuniti, KPKT), Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan setempat.

Terima kasih atas kerjasama dan penglibatan agensi-agensi bagi menjayakan program SEMARAK KOMUNITI MADANI @SLIM RIVER

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961