Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) - Program Semarak Komuniti Bandar

9 Ogos 2025, Sabtu – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) Persatuan Penduduk Bandar Sri Behrang, Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pauh, agensi awam serta persatuan setempat telah menganjurkan Program Semarak Komuniti Madani @ Behrang bersempena Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB).

Bertemakan kemerdekaan, program yang berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bandar Sri Behrang yang menarik kehadiran lebih 800 pengunjung. Perasmian program disempurnakan oleh YB Puan Hajah Salina Samsudin, ADUN Behrang. Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman berkata, program ini adalah inisiatif bersama KPKT untuk memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan ukhwah dan mewujudkan komuniti bandar yang harmoni serta sejahtera.

Antara pengisian menarik termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, pameran, jualan serta pelbagai pertandingan seperti tarik tali, bola jaring 3 lawan 3, futsal 3 lawan 3, mewarna dan cabaran explorace.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969