Tanjong Malim, 10 April 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Program Jom Sihat MDTM dan Big Cleaning Day EKSA Bil. 1/2026 dengan jayanya melibatkan penyertaan seluruh warga kerja MDTM.
Majlis telah diserikan dengan ucapan oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, yang menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat serta pembudayaan persekitaran kerja yang bersih, kondusif dan berkualiti selaras dengan pelaksanaan EKSA.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk senaman ringan, pelepasan peserta Fun Walk oleh Yang Dipertua MDTM serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana program.
Program diteruskan dengan aktiviti Big Cleaning Day di jabatan dan unit masing-masing, melibatkan gotong-royong pembersihan kawasan bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa kemas, selamat dan selesa.
Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan amalan hidup sihat dalam kalangan warga MDTM, malah memperkukuhkan semangat kerjasama serta komitmen dalam mengekalkan standard EKSA yang cemerlang.