Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM JELAJAH HARI TANPA BEG PLASTIK SEKALI GUNA & PENYERAHAN BANTUAN KOTAK MAKANAN

13 Januari 2024 (Sabtu) - Program Hari Tanpa Beg Plastik Sekali Guna telah berlangsung dengan jayanya dibawah inisiatif LOCAL AGENDA 21. Pelaksanaan program ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri Perak melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di kalangan rakyat Malaysia khususnya daerah Muallim ini demi menjamin kelestarian alam sekitar.

Program Hari Tanpa Beg Plastik Sekali Guna tersebut telah disempurnakan oleh Encik Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM. Turut hadir dalam program tersebut Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Pelesenan, Pengiklanan, Penjaja & Penguatkuasaan, Ahli-Ahli Majlis Jawatankuasa Kebersihan & Pengindahan serta Ketua-Ketua Jabatan MDTM.

Kempen Pelaksanaan Tiada Beg Plastik Melalui Pengenaan Caj Penggunaan Beg Plastik yang telah dikuatkuasakan bermula 17 Jun 2023 mendapat sambutan yang baik di kalangan pengguna, pengusaha dan peniaga. Penerimaan ini dapat dilihat semasa tinjauan di premis perniagaan dimana pengguna sudah sedar tentang kesan kempen ini terhadap alam sekitar.

Program diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Penghargaan Premis Bebas Beg Plastik & Sijil Penghargaan Premis Bebas Beg Plastik Setiap Hari Sabtu kepada premis-premis yang telah berdaftar. Sesi edaran beg kitar semula kepada orang awam juga diadakan sebagai inisiatif hijau dan antara salah satu kesinambungan usaha MDTM dalam mendidik orang awam untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan memaksimumkan penggunaan beg kitar semula semasa membeli barangan keperluan.

Dalam pada masa yang sama, Encik Roslan bin Kamaruzaman turut menyerahkan Bantuan Kotak Makanan kepada miskin tegar daerah Muallim daripada Yayasan Perak. Turut hadir bersama menyampaikan bantuan tersebut Puan Norashikin binti Mohd Kheir, Pegawai Eksekutif Yayasan Perak.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961