27 September 2025 ( Sabtu)-Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Ahli Majlis Dan komuniti daripada Zon A11 ( KRT Kota Malim Prima 1 Dan 2, Zon B2 (KRT Taman Bandar Baru/ Tmn Slim Indah) Dan Zon B6 (KRT Taman Seroja) telah menganjurkan Program Hari Cuci Malaysia 2025 Peringkat Majlis Daerah Tanjong Malim. Lokasi bagi pelancaran program telah diadakan di Kota Malim Prima Dan program telah dirasmikan oleh Tuan Roslan b Kamaruzaman, Setiausaha MDTM.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional bersempena sambutan World Clean Up Day 2025, yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dengan objektif utama untuk memupuk budaya kebersihan, meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar serta memperkukuh semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.
Sebanyak 200 org telah hadir menyertai gotong royong dan anggaran sebanyak 11,500kg sampah telah berjaya dikutip dan dilupuskan di dalam sesi gotong royong bersepadu ini.
Pelbagai pengisian menarik juga telah diadakan sepanjang program antaranya senamrobik,pemeriksaan kesihatan oleh PKD Muallim,pameran, pertandingan Eksplorace Cabaran Cuci Malaysia,pertandingan mewarna & pakaian beragam bertemakan barangan kitar semula,
taklimat Pengasingan Terus dari Punca oleh En. Mohd Sorihan bin Mohamad, Pengarah Urusan Syarikat Lembah Setia Sdn. Bhd serta taklimat Kitar Semula oleh Pn. Habibah binti Yaakob, Duta I-Cycle Tanjong Malim.
Terima kasih Dan tahniah kepada semua peserta, komuniti setempat dan rakan strategik yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat menyemarakkan usaha untuk meningkatkan penjagaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran untuk membudayakan aktiviti kitar semula demi kesejahteraan bersama.