Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK

12 Mac 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (KESAN) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk yang berlangsung dalam suasana penuh muafakat bersempena bulan Ramadan.

Program ini melibatkan penyertaan warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) yang bersama-sama berganding bahu menyediakan bubur lambuk. Bubur lambuk yang dimasak kemudiannya diagihkan kepada kakitangan MDTM sebagai tanda penghargaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, juga turut bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk.

Program seperti ini diharap dapat terus memupuk semangat kerjasama, kebersamaan serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan warga MDTM sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969