TEMOH, 25 April 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Tanjong Malim (KESAN MDTM) telah menganjurkan Program Family Day KESAN MDTM Tahun 2026 bertempat di Refarm Leisure Park & Resort, Temoh.
Program tersebut telah berlangsung dengan meriah dan mendapat penyertaan daripada warga kerja MDTM bersama ahli keluarga seramai 470 orang. Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan MDTM.
Pelbagai aktiviti santai dan kekeluargaan telah diadakan bagi mewujudkan suasana ceria serta memberi ruang kepada warga kerja untuk berinteraksi di luar suasana pejabat.
Program Family Day KESAN MDTM Tahun 2026 ini juga menjadi platform bagi menghargai komitmen dan kerjasama warga kerja MDTM yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Penganjuran program ini diharap dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan, kerjasama berpasukan dan budaya kerja harmoni dalam kalangan warga Majlis Daerah Tanjong Malim.