Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANAK-ANAK AHLI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN (KESAN), MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Pada 14 Februari 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Seri Tanjung, MDTM, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan MDTM (KESAN) dengan kerjasama Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan Program Berkhatan Beramai-Ramai Anak-Anak Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESAN), MDTM. Program yang pertama kalinya diadakan ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua, MDTM selaku penasihat KESAN.

Objektif program ini diadakan adalah bagi mengurangkan beban ahli KESAN dari segi pembayaran berkhatan iaitu sebahagian bayaran adalah ditanggung oleh KESAN disamping itu juga program ini dapat meningkatkan rasa syukur dikalangan ahli KESAN.

Seramai 9 orang peserta telah menyertai program ini.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961