Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PESTA TANGLUNG 2025 MERIAHKAN TANJONG MALIM

Tanjong Malim, 11 Oktober – Suasana meriah menyelubungi Balai Lintang Muallim apabila Pesta Tanglung 2025 kembali dianjurkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung daripada pelbagai kaum. Program anjuran bersama JPKK Kampung Baru Ketoyong Wong Saufiei, serta Ahli Majlis MDTM Clr. Lee Peoh Think, Clr. Chong Kam Lan dan Clr. Leonie Jolene Bateman, berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 10.00 malam.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, dan turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman. Antara aktiviti yang menceriakan pengunjung termasuk tarian singa, perarakan tanglung, pertandingan mewarna dan menghias tanglung, tarian tradisional serta cabutan bertuah. Lebih 1,000 tanglung turut diagihkan secara percuma kepada pengunjung terawal sebagai simbolik sambutan pesta ini.
 
Penganjuran ini bukan sahaja meraikan kebudayaan masyarakat Cina sempena Pesta Tanglung atau Mid-Autumn Festival, malah turut memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di daerah Tanjong Malim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969