Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PESTA AMBANG MERDEKA @MUALLIM 2025

Program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-68, telah berlangsung pada 30 OGOS 2025(Sabtu) bermula seawal jam 8 pagi dengan program jualan rahmah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri(KPDN) dan acara-acara menarik seperti pameran daripada agensi-agensi awam seperti Angakatan Pertahanan Awam(APM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, pertandingan mewarna,pertandingan payung berhias,jualan makanan dan minuman serta permainan kanak-kanak. Pesta ambang merdeka yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim(MDTM) dan Persatuan Usahawan Daerah Muallim(PUDM) ini telah berlangsung di Dataran Malam Minggu Muallim,Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim.

Di sebelah malam pula,pada jam 8.30malam ,seramai 100 orang peserta Fun Walk telah disempurnakan pelepasannya oleh Tuan Yang Dipertua MDTM,Tn.Dr.Shazree Idzam bin Wahab Abdul Rahman,bersama Tn.Roslan bin Kamaruzaman(Setiausaha ),Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MDTM serta Ahli Jawatankuasa PUDM.

Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (Behrang),YB Hjh Pn Salina bt Samsudin telah merasmikan Pesta Ambang Merdeka @Muallim 2025,turut hadir bersama merupakan jemputan ketua-ketua jabatan agensi yang merupakan rakan kerjasama penganjuran program ini iaitu, Encik Khairol Najib (Wakil Pejabat Parlimen Tanjong Malim, Tuan Syamsul Istar(wakil Pejabat Daerah Muallim), Tn.Zairul(Ketua Balai Bomba Tanjong Malim),Ketua Balai Polis Behrang, Tn.Mohd Badrul Hisham b.Ahmad Alias(Ketua Cawangan KPDN Tapah)dan Lkpl.Mohamaf Shafiq b.Isnil Aizar(Wakil Angkatan Pertahanan Awam).

Acara kemuncak telah dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api sebagai penutup sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia Yang Ke-68 pada tahun ini. Terima kasih diatas sokongan semua agensi dan masyarakat daerah Muallim. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969