PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM TAHUN 2025
21 MAC 2025, Jumaat - MDTM telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2025 dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 2025. Program ini telah dimulakan dengan Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi dan Dasar Keselamatan ICT serta ucapan oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM.
Turut hadir bersama ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM serta Kakitangan MDTM.
Turut hadir bersama ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Ahli-Ahli Majlis MDTM, Ketua-Ketua Jabatan MDTM serta Kakitangan MDTM.
Program ini turut diselitkan dengan Penyampaian Duit Raya Aidilfitri Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan MDTM dan Hadiah Hari Lahir, Bacaan Doa Tahlil serta Solat Maghrib berjemaah.






















