ISNIN 30 Disember 2024 bertempat di Auditorium Sri Tanjung MDTM, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan MDTM Bilangan 4 iaitu yang terakhir bagi tahun 2024. Perhimpunan bulanan ini dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Bacaan Doa. Seterusnya adalah Ucapan aluan dan perpisahan oleh Puan Nor Shahila binti Mohyidin, Pegawai Perancang Bandar & Desa dan ucapan oleh Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd Ikram bin Ahmad. Pengisian seterusnya adalah penyerahan Nota Serah Tugas oleh Puan Nor Shahila kepada Tuan YDP MDTM. Puan Nor Shahila akan bertukar ke Plan Malaysia Negeri Perak bermula 2 Januari 2025. Dalam masa yang sama penyampaian hadiah perpisahan dan hadiah hari lahir kepada kakitangan termasuk Ahli Majlis MDTM bagi bulan Oktober hingga Disember serta akhir sekali acara memotong kek hari lahir turut diadakan.