HAMIS, 23 Oktober 2025 bertempat di Auditorium Sri Tanjong MDTM, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan MDTM bilangan 3 bagi tahun 2025. Perhimpunan bulanan ini dimulai dengan Taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah oleh Tuan Haszihan bin Mohd Adi Munir, Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Batang Padang/Muallim. Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Bacaan Doa.
Seterusnya adalah Ucapan oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman. Dalam masa yang sama Pasukan AADK menjalankan ujian urin ke atas kakitangan MDTM. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada yang berjaya memenangi tempat bagi pertandingan pengumpulan barang kitar semula dan minyak masak terpakai terbanyak, hadiah hari lahir kepada kakitangan termasuk Ahli Majlis MDTM bagi bulan Julai hingga September 2025 serta akhir sekali acara memotong kek hari lahir turut diadakan.