Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3 TAHUN 2024 MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

ISNIN 30 September 2024 bertempat di Dewan Sri Tanjong MDTM, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan MDTM Bil. 3 Tahun 2024. Perhimpunan bulanan ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Encik Ahmad Zamil bin Sabri, Ketua Jabatan Penguatkuasaan MDTM. Pengisian seterusnya adalah ucapan oleh Yang Dipertua MDTM, Tuan Mohd Ikram bin Ahmad. Dalam masa yang sama diadakan juga sesi penyampaian hadiah Pertandingan Terpaling EKSA, Penyampaian Sijil Penyertaan sempena Hari Perbarisan dan Perarakan bagi Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024, Penyampaian surat pelantikan Duta@Ikon Integriti MDTM bagi tahun 2024/2025, Penyampaian Hadiah Hari Lahir Kakitangan MDTM bagi bulan Julai hingga September 2024, Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 bagi kakitangan MDTM dan akhir sekali acara memotong kek hari lahir. Setelah selesai acara di dewan, turut diselitkan dengan acara pemeriksaan perbarisan dan 'thumb out' terakhir Encik Ahmad Zamil bin Sabri bersempena dengan hari terakhir beliau bertugas di MDTM. Warga MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat beliau. Selamat bersara.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 19/12/24 • Jumlah Pelawat : 21286960