Skip to main content

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2 TAHUN 2025 MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

31 Julai 2025 (Khamis) - Bertempat di Auditorium Sri Tanjung MDTM, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan MDTM Bilangan 2 bagi tahun 2025. Perhimpunan bulanan ini dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah. Seterusnya adalah ceramah integriti yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nor Ezrie bin Ahamad Nordin, Penolong Pegawai Penguasa SPRM Perak dan ucapan oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman.

Dalam masa yang sama penyampaian hadiah hari lahir kepada kakitangan termasuk Ahli Majlis MDTM bagi bulan April hingga Jun serta akhir sekali acara memotong kek hari lahir turut diadakan.
MYHRMIS MOBILE