Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PERBINCANGAN PENGUKUHAN HASIL MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM TAHUN 2026 – 2028 2 – 4 Mac 2026 | Premiera Hotel Kuala Lumpur

Sesi Perbincangan Pengukuhan Hasil bagi tahun 2026 hingga 2028 Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah diadakan pada 2 hingga 4 Mac 2026 bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan Yang Dipertua, Setiausaha serta Ketua-Ketua Jabatan MDTM bagi membincangkan strategi dan pendekatan yang lebih berkesan dalam memperkukuh hasil majlis secara menyeluruh dan mampan.

Perbincangan ini memberi fokus kepada penambahbaikan kaedah kutipan hasil, pemantapan penguatkuasaan, penerokaan sumber hasil baharu serta pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan.

Usaha ini adalah selaras dengan komitmen MDTM dalam memastikan kedudukan kewangan yang kukuh dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan yang berkualiti.

Diharapkan hasil perbincangan ini akan menjadi panduan strategik kepada MDTM dalam merancang dan melaksanakan inisiatif yang lebih efisien, telus dan berimpak tinggi bagi tempoh 2026 hingga 2028.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969