Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PERASMIAN PEMAKAIAN KAMERA BADAN PERKASA INTEGRITI PENGUATKUASA MDTM

TANJONG MALIM, 6 Mac 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Majlis Perasmian Pemakaian Kamera Badan Jabatan Penguatkuasaan MDTM sebagai satu langkah memperkukuh ketelusan, integriti serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, bersama Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, ketua-ketua jabatan serta seluruh anggota penguatkuasa MDTM.

Pelaksanaan penggunaan kamera badan ini merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan tahap akauntabiliti dan keselamatan anggota penguatkuasa ketika menjalankan tugas di lapangan. Penggunaan kamera badan ini juga dapat menambah baik ciri-ciri keselamatan dalam menjalankan tugas penguatkuasaan serta membantu merekod setiap tindakan yang diambil secara telus dan profesional.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen MDTM dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap peranan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kesejahteraan dan ketenteraman kawasan pentadbiran.

Majlis ini turut menjadi simbol kesepaduan antara pihak pengurusan, ketua jabatan dan anggota penguatkuasa MDTM dalam mendukung usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969