Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN MDTM BAGI JANUARI DAN FEBRUARI 2026

TANJONG MALIM, 6 Februari 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah melaksanakan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi tahun 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi serta prestasi kerja cemerlang yang ditunjukkan oleh warga kerja MDTM.
Bagi bulan Januari 2026, anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Norul Azlina binti Tajie, Penolong Jurutera Gred JA6, manakala bulan Februari 2026 pula dianugerahkan kepada Puan Rosnita binti Ahmad, Pembantu Khidmat Am Gred H1.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, pada 6 Februari 2026 sebagai simbol penghargaan pihak pengurusan terhadap usaha gigih serta sumbangan mereka dalam memastikan penyampaian perkhidmatan MDTM sentiasa berada pada tahap terbaik.
Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada para penerima untuk terus mengekalkan kecemerlangan, di samping memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja MDTM agar terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan demi manfaat masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua penerima atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada kecemerlangan berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969