13 September 2025 (Sabtu) - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama strategik All Trail Project (ATP) telah berjaya menganjurkan Program Muallim Ultra 2025. Pelepasan awal pagi, menampilkan dua kategori larian iaitu 15KM yang bermula pada jam 7.00 pagi dan 7KM pada jam 7.30 pagi, dengan acara flag off disempurnakan oleh YB ADUN Behrang, YB Hjh Salina. Kehadiran peserta yang ramai telah menyemarakkan suasana dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada MDTM dan rakan strategik ATP, dengan sokongan padu daripada INSTUN, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, IPD Muallim, BOMBA & Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), UPSI, serta Pejabat Daerah & Tanah Muallim. Muafakat serta kerjasama erat semua agensi ini menjadikan Muallim terus dikenali sebagai destinasi rekreasi, pelancongan dan sukan lasak yang membanggakan.
Syabas & tahniah!