14 Ogos 2025, Khamis - Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri Pegawai Daerah Muallim ini diadakan di Bilik Gerakan Aras 2 Pejabat Daerah & Tanah Muallim, Slim River. YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, YBrs Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim serta Ketua-Ketua Jabatan MDTM dan wakil-wakil turut hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit khususnya demi pembangunan dan kepentingan daerah Muallim.