TANJONG MALIM, 11 Mac 2026 – Satu Mesyuarat Khas Penyewaan Tapak Dewan Muallim Proton City oleh Omnix (M) Sdn Bhd dan Skyline Technology (M) Sdn Bhd yang diketuai Digital Perak telah diadakan pada hari Rabu bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Malim, Aras 4, Blok A, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, dan turut dihadiri Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Tuan Roslan bin Kamaruzaman bersama Ketua-Ketua Jabatan MDTM.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan cadangan penyewaan tapak Dewan Muallim Proton City oleh pihak syarikat terlibat serta meneliti aspek perancangan, teknikal dan pengurusan yang berkaitan bagi memastikan pelaksanaan cadangan tersebut selaras dengan keperluan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Melalui perbincangan yang diadakan, pihak MDTM komited untuk memastikan setiap cadangan pembangunan dan penggunaan kemudahan awam dilaksanakan secara terancang, telus dan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan komuniti setempat.