25/10/2024 (Jumaat), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran (JSTP) bagi program pengubahan RTD Muallim 2035 pengubahan 2 yang dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB dato Haji Mohd Zolkafly bin Harun selaku timbalan pengerusi, Encik Mohd Hazerin Ismail sebagai ahli jawatankuasa JSTP dan Encik Mohd Ikram bin Ahmad selaku setiausaha mesyuarat bersama pasukan kajian Rancangan Tempatan Jabatan Perancangan Pembangunan, MDTM. Terdapat 13 pembantah telah hadir untuk memberikan penerangan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan segala pembangunan mengambilkira pandangan penduduk setempat. Hasil mesyuarat ini akan diangkat ke mesyuarat penuh majlis dan akan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pewartaan.