Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MDTM SERTAI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT NUR IZZATI HUMAIRA DI BUKIT CHANGKAT ASA

TANJONG MALIM, 25 Mei 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah bersama-sama menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi Nur Izzati Humaira binti Azizul pada hari ketiga operasi yang dijalankan di kawasan Bukit Changkat Asa. Seramai tujuh anggota Jabatan Penguatkuasaan MDTM telah dihantar oleh pihak pengurusan tertinggi MDTM bagi membantu operasi SAR tersebut. Pasukan yang terlibat diketuai oleh Ketua Jabatan Penguatkuasaan, PPP Sarawanan a/l Sokkiah, bersama enam anggota lain iaitu KPP Muhammad Shamsul Arif bin Ibrahim, PPK Mazle bin Md Isa, PP Mohd Zainuddin Feroz bin Naina, PP Muhamad Syazani bin Mat Puat, PP Muhammad Nurfadhillah bin Mohd Suhaimi dan PA Sayuti Aziz a/l Tiada.

Penglibatan ini merupakan tanda komitmen MDTM dalam memberikan kerjasama dan bantuan kepada agensi-agensi berkaitan, khususnya dalam usaha menjaga keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Majlis Daerah Tanjong Malim sentiasa komited dalam memberikan kerjasama demi kesejahteraan masyarakat.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 23/06/26 • Jumlah Pelawat : 21286990