30 Ogos 2025 (hari Sabtu), satu acara yang amat bermakna telah diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-68 tahun, bertempat di Euttac Cambridge Centre yang terletak bersebelahan dengan J&T Tanjong Malim. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama erat daripada YBhg. Clr Tuan B. Sivakumar, selaku Ahli Majlis MDTM, yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan sambutan tersebut.
Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, yang turut menyampaikan ucapan penuh semangat dan patriotik dalam memupuk rasa cinta akan tanah air dalam kalangan masyarakat setempat. Sambutan ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memperingati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.