Kuala Kangsar, 21 Mac 2026 – Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Istana Iskandariah pagi tadi.
Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Aidilfitri dan dilangsungkan dengan penuh adat istiadat bagi menjunjung titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB. Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak serta YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan).
Kehadiran Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman melambangkan komitmen kepimpinan Majlis Daerah Tanjong Malim dalam menjalin hubungan baik bersama institusi diraja serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan di negeri Perak.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan itu turut menghimpunkan pelbagai pemimpin dan wakil agensi kerajaan dari seluruh negeri bagi bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri serta mempererat hubungan silaturahim.