12 Ogos 2025, Selasa – Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan TPr Haji Zuhairi bin Haji Hashim dan Encik Mustazar bin Alang yang telah mencurahkan bakti dan tenaga sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di MDTM. TPr Haji Zuhairi bin Haji Hashim telah berkhidmat di MDTM selama 16 tahun sebagai Pegawai Perancang Bandar & Desa manakala Encik Mustazar bin Alang berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am selama 28 tahun.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim. Seterusnya adalah ucapan oleh TPr Haji Zuhairi dan Puan Bainun isteri juga mewakili Encik Mustazar. Majlis ini juga diselitkan dengan persembahan montaj pesara, penyampaian cenderamata dan sesi memotong pulut kuning. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Ketua-Ketua Jabatan serta warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim.
Semoga hubungan yang terjalin ini tidak akan terputus walaupun telah menamatkan perkhidmatan di MDTM. Didoakan pesara yang diraikan dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga tercinta.