Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS PELAKSANAAN PROJEK RINTIS MYHACKATHON- SISTEM SERVIT SMART CITY UNTUK MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

13 Disember 2025, Sabtu – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang, hari ini menyempurnakan Majlis Pelaksanaan Projek Rintis MyHackathon-Sistem Servit Smart City untuk Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).

Projek perintis ini bertujuan untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan awam MDTM, terutamanya dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan lampu jalan.

YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya bahawa MYHackathon adalah program kebangsaan di bawah inisiatif MYStartup. Program yang dianjurkan oleh MOSTI dan dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn Bhd ini merupakan usaha Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan kepada Rakyat.

Melalui program ini, MDTM telah bekerjasama dengan ServeIT, pemenang inovatif MyHackathon, untuk membangunkan solusi penyelesaian masalah. Kerjasama ini membolehkan MDTM menerima geran bersyarat bernilai RM250,000.00 bagi membangunkan projek rintis tersebut.

Projek rintis yang dibangunkan adalah Sistem Dashboard Smart City dengan Modul Sistem Pengurusan Street Lighting dan Pemantauan Lori Pengutipan Sisa Pepejal.

Aspek-aspek utama yang diliputi oleh projek rintis ini termasuk:
• Pemantauan Lampu Jalan (Street Light Monitoring)
• Pengoperasian dan Pemantauan lampu jalan
• Pemantauan Tahap Pelepasan Karbon
• Pemantauan keberkesanan penggunaan tenaga elektrik
• Pemantauan Struktur tiang lampu jalan

Setiausaha MDTM, Encik Roslan bin Kamaruzaman, yang mewakili Yang Dipertua MDTM, menyifatkan projek rintis ini amat sejajar dengan perancangan MDTM kearah Muallim sebagai sebuah Bandar Pintar.

"Pengiktirafan ini selari dengan sasaran Negeri Perak ke arah Bandar Pintar menjelang tahun 2027 dan sasaran MDTM sendiri untuk mencapai pengiktirafan 'Early Adopter Smart City' pada tahun 2026," ujar Encik Roslan semasa sesi menandatangani projek rintis.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Harmender Singh, Naib Presiden Cradle Fund Sdn Bhd; Ir. Tuan Haji Ajmal bin Suria, Ketua Pegawai Eksekutif ServeIT Sdn Bhd; Ahli-Ahli Majlis MDTM; dan Ketua-Ketua Jabatan MDTM.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969