23 OGOS 2025 (SABTU) - Majlis ini telah berlansung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). YAA Dato' Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hadir bersama YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAA Dato' Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Haji Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim dan Ketua-ketua Jabatan.
Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak dan disusuli dengan persembahan Nasyid daripada Johan Festival Kesenian Islam MAKSAK Kebangsaan 2025 (Nasyid Kontemporari), MAKSAK Kuala Lumpur (MAKSWIP). Hadiah juga disampaikan oleh Menteri Besar Perak Kepada, Peniaga, Pertandingan E-sport, Perbarisan Terbaik, Anugerah Olahragawan, Anugerah Olahragawati dan Juara Keseluruhan.