Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS MAKAN MALAM DAN RAMAH MESRA SEMPENA PROGRAM PELUNCURAN KAMPUNG DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI

Ipoh, 10 April 2026 – Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra sempena Program Peluncuran Kampung dan Sekolah Angkat MADANI telah berlangsung dengan penuh meriah di Restaurant Pakeeza, Ipoh.

Ketibaan tetamu utama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) (TKPPA[P]) telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, bersama Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang Dipertua-Yang Dipertua serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Turut mengiringi bersama TKPPA[P] adalah YB. Kewangan Negeri Perak, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) dan YBhg. Dato Pengarah Pembangunan Negeri Perak.

Majlis ini menghimpunkan barisan kepimpinan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dalam suasana santai dan harmoni, sekali gus menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan.

Selain itu, penganjuran majlis ini turut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti melalui pelaksanaan inisiatif Kampung dan Sekolah Angkat MADANI.

Secara keseluruhannya, majlis ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam yang lebih inklusif, berkesan dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955