Skip to main content

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1446H/2025 KAKITANGAN MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

27 MAC 2025 (KHAMIS) - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESAN) telah menganjurkan Program Tadarus dikalangan kakitangan seramai 33 peserta bersempena bulan Ramadan tahun 2025. Majlis Penutup Khatam Al-Quran telah diadakan yang mana dimulai dengan bacaan surah lazim yang diketuai oleh Encik Amir bin Ahmad dan turut disertai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad Yang Dipertua MDTM. Turut hadir bersama ialah Tuan Roslan bin Kamaruzaman Setiausaha MDTM, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDTM serta Kakitangan MDTM yang terlibat.

Program ini diteruskan dengan ucapan dari Tuan Yang Dipertua dan seterusnya penyampaian saguhati kepada peserta tadarus. Semoga program ini akan terus terlaksana pada tahun-tahun yang akan datang supaya dapat mengimarahkan amal ibadah dalam bulan Ramadan Al Mubarak.
MYHRMIS MOBILE