10 Disember 2024, Selasa - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutup Program MYHackathon 2024 Kohort 2 oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertempat di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Kuala Lumpur.
Melalui penganjuran Program MYHackathon 2024 Kohort 2 ini, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah disenarai pendek dan telah terpilih sebagai salah 1 daripada 4 agensi pemilik penyataan masalah.
Justeru itu, MDTM telah diumumkan antara 5 pemenang daripada 391 peserta bagi kohort 2 pada Majlis tersebut. Setiap pemenang bakal menerima geran bersyarat bernilai sehingga RM250,000.00 untuk melaksanakan pembangunan projek rintis dengan kolaborasi bersama agensi pemilik penyataan masalah.
Pasukan MDTM yang diketuai oleh Tuan Mohd Ikram bin Ahmad, Yang Dipertua MDTM bersama Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Setiausaha MDTM serta pegawai dari jabatan-jabatan MDTM yang terlibat telah hadir bagi sesi penilaian peserta-peserta akhir dan penyampaian penganugerahan geran bersyarat kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Tahniah dan syabas diucapkan.