Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERHIMPUNAN BULANAN MDTM BIL.1/2026 MERAPATKAN UKHUWAH WARGA KERJA

TANJONG MALIM, 9 Mac 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Perhimpunan Bulanan Bil.1/2026 yang berlangsung di Dewan Seri Tanjong, MDTM bermula jam 5.30 petang Isnin.

Majlis dimulakan dengan ketibaan kakitangan, diikuti Ahli-ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MDTM sebelum ketibaan Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman.

Turut hadir bersama Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman serta jemputan khas dari Yayasan Amal Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS).

Program diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Perak, lafaz Ikrar Rukun Negara serta lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi dan Dasar Keselamatan ICT.

Dalam majlis tersebut, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua MDTM turut menyampaikan amanat kepada seluruh warga kerja MDTM sebagai peringatan untuk terus memperkukuh komitmen, integriti dan semangat kerjasama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Majlis turut diselitkan dengan ucapan oleh Tuan Mad Isa Ramli, wakil Yayasan Amal ASAS, seterusnya penyampaian sumbangan duit raya Aidilfitri oleh Yayasan Amal ASAS kepada semua Pembantu Khidmat Am MDTM dan penyampaian duit raya Aidilfitri kepada ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan MDTM serta penyampaian hadiah hari lahir kepada kakitangan dan Ahli Majlis MDTM yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari hingga Mac 2026.

Sementara menunggu waktu berbuka, bacaan tahlil turut diadakan. Setelah selesai berbuka puasa, semua yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan Ahli Majlis serta warga MDTM malah menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286969