TANJONG MALIM, 2 MAC 2026 - Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, Masjid Kampung Pauh Behrang Stesen menjadi saksi sebuah detik bermakna apabila Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berlangsung dalam suasana penuh tertib dan harmoni.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, dan Setiausaha MDTM Tuan Roslan bin Kamaruzzaman sebagai tanda komitmen berterusan kepimpinan MDTM dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh hubungan antara institusi kerajaan tempatan dan komuniti setempat.
MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Orang Besar Jajahan Muallim, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan peringkat Daerah dan Negeri, Urusetia, Pengerusi dan AJK Masjid Kg. Pauh, warga kerja MDTM serta seluruh penduduk setempat yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen dan semangat kebersamaan.
Sokongan padu semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran serta kejayaan program yang penuh bermakna ini.