8 Mei 2026, Jumaat – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat bertempat di Auditorium Sri Tanjung MDTM.
Majlis ini disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan serta warga kerja MDTM bagi bersama-sama mengimarahkan program kerohanian yang dianjurkan.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memohon keberkatan, kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai warga kerja MDTM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan.