Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KETERAMPILAN TAHUN 2025 SERTA PENGHARGAAN PESARA MDTM TAHUN 2025/2026

TANJONG MALIM, 9 Julai 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Keterampilan bagi Tahun 2025, Penghargaan Pesara Tahun 2025/2026 serta Perhimpunan Bulanan Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di Dewan Seri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, dengan kehadiran Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan serta warga kerja MDTM.

Pada majlis berkenaan, seramai 17 orang kakitangan MDTM telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala 17 orang lagi telah menerima Anugerah Keterampilan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, komitmen, keterampilan dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Pada masa yang sama, seramai 9 orang pesara turut diraikan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat bersama MDTM.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen MDTM dalam menghargai kecemerlangan, profesionalisme dan dedikasi warga kerjanya, di samping menyemarakkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pesara atas segala jasa serta bakti yang telah dicurahkan kepada Majlis Daerah Tanjong Malim.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 14/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286972