Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS MDTM

Tanjong Malim, 31 Mac 2026 – Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah berlangsung dengan penuh tertib di Bilik Mesyuarat Seri Malim, Aras 4, Blok A, MDTM pagi tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak serta Yang Berusaha Dr Shazree Idzham Bin Wahab Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim.

Turut hadir ialah Yang Dihormati Toh Paduka Setia Dato’ Ir Dr Safry Kamal Bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, Yang Berhormat Puan Hajah Salina Binti Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Yang Berusaha Tuan Mohd Zaidi Bin Aziz, Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Yang Berusaha Dr Hairudin Bin Ruzaili, Wakil Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Yang Berusaha Encik Muhamad Alif Asyraf Bin Abdul Rahim, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjong Malim, Yang Berusaha Puan Nurul Afizal Binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah & Tanah Muallim, serta Yang Berusaha DSP Suhaimi Bin Muhamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim merangkap wakil Ketua Polis Daerah Muallim.

Upacara angkat sumpah ini melibatkan pelantikan Ahli-ahli Majlis bagi tempoh 16 Mac 2026 hingga 15 Mac 2028, sebagai simbolik penerimaan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat serta pembangunan daerah.

Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching yang menzahirkan harapan agar semua Ahli Majlis dapat menjalankan tugas dengan penuh integriti, komited dan berjiwa rakyat.

Sebagai penutup, sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar telah diadakan. Majlis berakhir pada waktu tengah hari dengan harapan agar barisan Ahli Majlis yang baharu ini dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta menyumbang ke arah pembangunan daerah Tanjong Malim yang lebih mampan dan sejahtera.

Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Tanjong Malim . Kemaskini : 06/07/26 • Jumlah Pelawat : 21286955